PIALA FA
Peluang cipta sejarah ke perlawanan akhir -- Abu Bakar
Jurulatih PKNP FC, Abu Bakar Fadzim, membayangkan sinar ke pelawanan akhir apabila pasukannya mengikat Pahang 1-1 dalam aksi separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Darulmakmur, semalam.
"Bersyukur dapat mengikat dan mengelak daripada kekalahan. Keputusan ini dapat menghidupkan sedikit peluang untuk ke perlawanan akhir apabila kami bakal bertarung di halaman sendiri pada 1 Julai nanti," ujarnya.
Abu Bakar memuji persembahan anak buahnya yang tidak gentar ketika menghadapi asakan Pahang dan sorakan ribuan penyokong tuan rumah.
Iklan
"Memang telah kami jangka akan diberi tekanan yang hebat sepanjang separuh masa pertama dan kedua. Pujian harus diberi kepada pemain kerana dapat mengekang dan menyaingi serangan tuan rumah yang diterajui oleh Issey Nakajima, Patrick Cruz dan Mohammadou Sumareh serta Norshahrul Idlan Talaha.
"Pemain berjaya memberi tekanan dan menutup ruang di bahagian tengah dan ini membolehkan pasukan melancarkan serangan dan kerap kali memerangkap bahagian pertahanan lawan.
"Sudah pasti PKNP akan lebih bersedia dalam saingan separuh akhir kedua di Ipoh nanti," katanya lagi.
Must-Watch Video



.jpg?ext=.jpg)