Legenda Brazil, Pele, akan meluangkan perayaan Krismas di hospital berikutan barahnya makin merebak.
Juara tiga Piala Dunia itu telah menghabiskan masa selama tiga minggu lalu di Hospital Israelita Albert Einstein di Sao Paulo bagi rawatan barah usus sejak 2021 dan telah membuang tumor tersebut pada September lalu.
Sebelum ini beliau menjalani rawatan rutin sebelum laporan hospital pada malam tadi menyatakan beliau memerlukan penjagaan lebih rapi berkaitan disfungsi buah pinggang dan jantung.
Anak perempuannya, Kely Nascimento, memaklumkan di media sosial bahawa bekas pemain berusia 82 tahun itu akan berada di hospital pada Krismas ini.
Dalam catatan di Instagram, dia menulis: "Perayaan Krismas di rumah kami telah digantung.
"Kami membuat keputusan dengan doktor atas pelbagai sebab, adalah lebih baik untuk kami tinggal di sini menerusi segala penjagaan yang ditawarkan oleh keluarga baru di Einstein buat kami.
"Kasih sayang anda terhadapnya, kisahnya dan doa buatnya adalah satu hiburan yang BESAR kerana kami tahu kami tidak keseorangan."
Laporan hospital itu menyatakan: "Rawatan Edson Arantes do Nascimento (Pele) yang ditimpa sakit onkologi yang memerlukan penjagaan yang lebih rapi berkaitan dengan disfungsi buah pinggang dan jantung.
"Pesakit masih ditempatkan di bilik biasa hospital, di bawah penjagaan oleh pasukan perubatan."