Skip to main content

Bola Sepak

Pekerman: England sukar untuk ditandingi

josepekerman.jpg
Colombia dan England akan berdepan dalam pusingan 16 Piala Dunia dan Jose Pekerman menyedari skuad kendalian Gareth Southgate itu perlu diambil serius.

Colombia menewaskan Senegal 1-0 di Samara semalam dan memastikan kemaraan mereka sebagai juara Kumpulan H, yang bakal berdepan England yang menghuni tangga kedua Kumpulan G selepas tewas 0-1 kepada Belgium.

Pemenang aksi pusingan seterusnya akan bertemu Switzerland atau Sweden dalam suku akhir, yang dilihat sebagai undian yang lebih senang untuk mara ke separuh akhir.

Tetapi Pekerman berkata saingan Piala Dunia dalam pusingan kalah mati menawarkan corak yang berbeza.

"Saya sentiasa menjawab perkara yang sama. Kami mengetahui mana-mana pasukan yang mara ke pusingan kedua, mereka adalah 16 pasukan terbaik dunia," katanya.

"Sememangnya hari perlawanan akan menentukan segala-galanya.

"England adalah pasukan yang masih muda, memiliki keyakinan dan pemain-pemain yang berkualiti dan mudah melepasi peringkat kumpulan.

"Saya menjangkakan aksi yang lebih berbeza jika dibandingkan dengan saingan peringkat kumpulan. Ia adalah perlawanan kalah mati. Hanya satu pasukan yang ditentukan sebagai pemenang dan mara ke pusingan seterusnya.

"England memiliki senjata untuk perlawanan ini tetapi Colombia juga  memiliki keyakinan untuk menampilkan keputusan yang positif."
 

Advertisement

Must Watch Video