Skip to main content

Bola Sepak

Pejabat Pos Itali bidas Sarri

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sarri.jpg
Pejabat Pos Itali menegur Maurizio Sarri selepas pengurus Juventus itu mengatakan bahawa sekiranya dia mahu mengelakkan tekanan, maka dia lebih rela  bekerja di perkhidmatan pos. 

Sarri berdepan kritikan susulan kekalahan mengejut kepada Hellas Verona minggu lalu untuk membolehkan pencabar Serie A, Inter, menguasai puncak liga dengan perbezaan gol.

Laporan juga mengaitkan bekas pengurus, Massimiliano Allegri, dipertimbangkan untuk menggalas kembali tanggungjawab di Turin itu, setahun selepas pengurus Chelsea dan Napoli itu menduduki kerusi panas berkenaan. 


Sempena menghadapi perlawanan separuh akhir pertama Coppa Italia di Milan, awal pagi esok, Sarri ditanya mengenai tekanan dan jawabnya kepada pemberita, "Jika saya tidak mahu berada di bawah tekanan, saya akan memohon bekerja di pejabat pos."

Ulasan itu mengundang kemarahan Pejabat Pos Itali yang segera membidasnya dalam satu kenyataan.

"Berhubung ulasan Maurizio Sarri 'jika saya ingin mengelak ujian sukar maka saya akan bekerja di pejabat pos', Poste Italiane menjemput encik Sarri untuk mendedikasikan beberapa minit masa berharganya untuk menyedari hakikatnya bahawa kami adalah syarikat terbesar di negara ini.

"Kami menjadi pilihan oleh graduan muda sebagai salah sebuah syarikat yang paling menarik untuk bekerja. Kami diiktiraf antara 500 syarikat terunggul di dunia mengenai kualiti pekerjaannya. Kami merupakan salah sebuah syarikat terbaik di bursa saham pada 2019 dan dalam skala global berada di tempat ketiga dalam kalangan syarikat Itali bagi imej dan reputasi.

"Oleh itu, ia bertentangan dengan apa yang dikatakan oleh Sarri dan undangan ini mampu membantu kakitangan pejabat pos menjawabnya kepada rakyat, bidang perniagaan dan pentadbiran awam.

"Kami menjemputnya untuk melihat rutin harian kami secara langsung di salah sebuah daripada 15,000 pejabat kami."

Editor: Shaiful Shamsudin

Advertisement

Must Watch Video