Xavi mengalu-alukan kepulangan Pedri dan Frenkie de Jong tatkala kedua-dua tonggak tengah Barcelona itu cergas sempena pertembungan dengan Atletico Madrid, malam ini.

Pedri tidak diturunkan sejak mengalami kecederaan hamstring ketika seri 2-2 dengan Manchester United dalam kempen Liga Europa UEFA (UEL) pada Februari lalu.

Pemain antarabangsa Sepanyol itu pada mulanya kelihatan bersedia untuk kembali dalam perlawanan 'El Clasico' menentang Real Madrid bulan lalu -- perlawanan yang dimenangi Barca 2-1 -- sebelum disahkan belum cergas.

Ketika Pedri terlepas 11 perlawanan, Barca turut tanpa pemain tengah De Jong untuk empat perlawanan terakhir gara-gara kecederaan serupa.

Barca telah bergelut menghasilkan kreativiti ketika berturut-turut buntu tanpa jaringan menentang Girona dan Getafe dalam LaLiga, namun mereka akan menyambut semula kedua-dua pemain tengah itu apabila menjadi tuan rumah kepada Atleti.

"Pedri membantu kami, begitu juga Frenkie," kata pengurus Barcelona itu.


"Mereka merupakan pemain penting tetapi kami juga sempena menyajikan persembahan hebat tanpa mereka.

"Akhirnya, ia adalah mengenai idea dan model permainan. Kami berada dalam situasi istimewa dalam LaLiga dan pemain sudah pun memahami perkara ini dengan baik.

"Kami telah beraksi hebat tanpa beberapa tonggak penting.

"Pedri merupakan kunci dalam hantaran terakhir. Dia cukup serasi dengan Robert Lewandowski, hubungan mereka sangat rapat. Ia adalah satu berita yang sangat baik untuk mendapatkannya khidmatnya semula, bukan sahaja buat Robert."