PIALA MALAYSIA
PDRM terperangkap dengan strategi Selangor
Ketika penyokong-penyokong Selangor sedang menikmati serangan-serangan yang dilancarkan anak didik Tan Cheng Hoe tiba-tiba mereka dikejutkan dengan jaringan pendahuluan dari PDRM melalui Hadi Fayyadh.
Namun dengan jaringan awal Sang Saka Biru itu tidak melemahkan semangat pemain-pemain Red Giants sebaliknya mereka terus melancarkan serangan melalui pemain-pemain “box to box midfield” seperti Branden Gan, Mukhairi Ajmal dan Noor Al-Rawabdeh.
Daripada kelibat mereka itu Red Giants berjaya mendominasi bahagian tengah dan mengunakan pemain-pemain “Wing-back” dan “wing” untuk melalukan hantaran-hantaran lintang. Strategi yang di guna pakai Tan Cheng Hoe ketika bertemu PDRM amat menjadi sekali setelah menghidu kelemahan lawan yang mana pemain-pemain “wing” dan “back” kiri serta kanan Sang Saka Biru agak lemah dari segi bertahan dan kelajuan secara individu ketika melakukan halangan pada lawan, itu yang terjadi ketika Fazly Mazlan dan Branden Gan melakukan hantaran lintang yang menghasilkan jaringan.
Iklan
Itu yang berjaya di kesan oleh pasukan kejurulatihan Tan Cheng Hoe selain memberi teguran kepada anak didik mereka supaya merubah karektor mereka pada separuh masa kedua jika inginkan kemenangan dan itu diakui sendiri oleh ketua jurulatih Selangor itu semasa sidang media. Selain itu kita dapat melihat juga bagaimana kombinasi yang dipamirkan bahagian serangan yang diketuai Aryon dell Valle dengan pemain-pemain “wing” sehingga memberi tekanan kepada pertahanan Sang Saka Biru lalu melakukan kesilapan.
Jika sikap positif dan inginkan kemenangan mampu dikekalkan pada setiap perlawanan oleh anak didik Tan Cheng Hoe sudah pasti ia akan memberi kelebihan kepada Red Giants untuk memburu kejuaraan Piala Malaysia kali yang ke tiga puluh empat. Kemampuan dan kualiti pemain-pemain Selangor tidak boleh dipertikaikan namun apa yang perlu diperbaiki hanyalah fokus mereka pada setiap perlawanan jika itu mampu dikekalkan tidak mustahil untuk Selangor menambah koleksi kejuaraan Piala Malaysia.
Must-Watch Video