Pemain naturalisasi negara, Paulo Josue, tiada masalah untuk bertukar posisi selaku penyerang utama Harimau Malaya secara tetap berbanding pemain tengah.
Josue sedia disandarkan sebagai penggempur dalam persediaan Harimau Malaya ke Piala Asia 2023.
Namun, dalam perkongsiannya bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, pemain kelahiran Brazil itu percaya skuad kebangsaan mempunyai pilihan lebih baik di posisi berkenaan.
Josue bertindak sebagai 'bidan terjun' apabila mengetuai jentera serangan skuad negara ketika perlawanan persahabatan antarabangsa berdepan Kepulauan Solomon, kelmarin.
Bertindak sebagai 'pemain sasaran' berbanding 'false 9', kapten Kuala Lumpur City itu berjaya melaksanakan tugasnya dengan baik menerusi jaringan sulungnya di pentas antarabangsa.
"Saya tidak biasa tapi saya pernah beraksi di posisi ini dibawah kendalian Bojan Hodak.
"Saya tidak kisah asalkan Kim Pan-gon dapat membantu rakan sepasukan," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Jurulatih negara, Kim Pan-gon, dijangka mengekalkan peranan Josue untuk mengemudi barisan hadapan sempena perlawanan persahabatan kedua bertemu Papua New Guinea, Selasa depan.
Ia juga bergantung kepada keadaan Shahrel Fikri Fauzi sebagai satu-satunya penyerang tulen yang berada dalam kem latihan pusat skuad kebangsaan kali ini.
"Ada ramai calon penyerang lain seperti Syafiq Ahmad dan juga Shahrel Fikri, tapi sesiapa pun yang diberi amanat oleh jurulatih perlu bersedia bantu pasukan.
"Saya tidak pasti adakah jurulatih akan membuat rombakan tapi apa pun, kami perlu teruskan rentak kemenangan," katanya.