Harry Kane mengakui Tottenham Hotspur perlu memenangi trofi bagi menggambarkan kewibawaan mereka selepas Mauricio Pochettino membina pasukan terbaik sepanjang sejarah kelab London itu.
Di bawah kendalian Pochettino, Spurs kini merupakan muka tetap dalam Liga Juara-Juara Eropah dan menamatkan Liga Perdana Inggeris dalam kelompok tiga pasukan terbaik sejak tiga musim lalu.
Bagaimanapun, Spurs masih lagi belum meraih sebarang kejuaraan -- tewas dalam final Piala Liga Inggeris (EFL) pada 2014-15 -- dan kegagalan itu meningkatkan kritikan terhadap Pochettino.
Bintang penyerang, Kane, percaya akan kualiti yang dimiliki pasukannya, namun menyedari mereka juga memerlukan kejayaan yang diiktiraf.
"Ramai orang beranggapan ia merupakan pasukan terbaik yang pernah kami ada dengan kehadiran pengurus terbaik," katanya kepada ESPN.
"Namun, ia amat penting untuk kami memiliki sesuatu untuk membuktikannya.
"Ia tidak seperti apabila kita melihat kepada 10 tahun lalu 'kami mempunyai pasukan terbaik'.
"Ia sepatutnya 'lihat apa yang mereka telah lakukan, lihat apa yang telah mereka menangi'.
"Adakah cabaran kami hanya untuk meningkat naik?
"Ia pasti akan menjadi lebih sukar dalam dua tahun akan datang dengan stadium baru dan tahap kewangan pasukan," katanya.
Ketiadaan trofi juga menimbulkan persoalan mengenai masa depan Kane dengan pasukan itu, namun dia berasakan kelab itu sedang berada di landasan tepat dan dia gembira untuk menyaksikannya.
Kane menambah: "Saya sentiasa memperkatakannya, selagi kelab ini bergerak ke arah yang betul dan menunjukkan impian yang tepat, saya mahu menjadi sebahagian daripadanya."