MONACO 3 MANCHESTER CITY 1 (Agregat 6-6)
Ketua jurulatih Monaco, Leonardo Jardim, senang hati dapat mengekalkan rekod cemerlang skuadnya ketika menentang kelab Inggeris selepas pendahulu Ligue 1 itu menyingkirkan Manchester City daripada saingan Liga Juara-Juara Eropah.
Tandukan Tiemoue Bakayoko ketika 13 minit sebelum tamat memberikan Monaco kemenangan 3-1 di Stade Louis II dan memastikan mereka mara ke suku akhir menerusi peraturan gol di tempat lawan, selepas tewas 3-5 di Manchester, bulan lalu.
Jardim membawa Monaco untuk mengatasi Arsenal pada peringkat sama dua tahun lalu dan pasukannya memenangi aksi Kumpulan E dua kali dengan kemenangan 2-1 ke atas Tottenham, yang sudah tersingkir.
"Saya sering bermimpi tentang malam ini," kata Jardim dalam sidang media selepas perlawanan. "Saya fikir bahawa bermain menentang pasukan Inggeris seolah-olah sesuai juga dengan kami.
"Kami menyingkirkan pasukan (ketiga) tempat kedua dalam Liga Perdana Inggeris -- ini benar-benar menunjukkan mutu bola sepak Perancis."
Pemain remaja sensasi, Kylian Mbappe, memberikan Monaco gol pendahuluan apabila tuan rumah mengejutkan City dengan permulaan menarik dan Fabinho menjadikan kedudukan 2-0 sebelum rehat.
Leroy Sane menjaringkan gol pada minit ke-71 -- hanya menyumbang kepada penambahbaikan kelab Liga Perdana dalam tempoh kedua -- tetapi Bakayoko menentukan kemenangan buat Monaco.
"Kami mengharungi separuh pertama dengan hebat, di mana City tidak bermain," tambah Jardim. "Semua orang gembira. Kami mempunyai perlawanan yang hebat dan kami layak untuk kelayakan ini."