Ketua jurulatih Oman, Jaroslav Silhavy, kecewa apabila pasukannya tidak dapat menguji padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), sehari sebelum pertemuan dengan Malaysia bagi pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 malam esok.
Sesi latihan terakhir hari ini menyaksikan kedua-dua pasukan berkenaan terpaksa melakukan persiapan di venue berasingan, sekali gus tidak dapat menguji keadaan padang SNBJ, yang dikatakan terjejas selepas penganjuran sebuah konsert berskala mega bulan lalu.
Silhavy, dalam sidang media hari ini, berkata: "Malangnya, kami tidak mendapat maklumat mengenai keadaan padang bagi aksi menentang Malaysia.
"Kami percaya padang itu tidak akan bersedia dan tidak akan dalam keadaan baik untuk perlawanan esok."