Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Pasca-Piala Dunia fasa paling sukar -- Jesus

gabrieljesus.jpg
Penyerang Manchester City dan Brazil, Gabriel Jesus, berkata pasca-Piala Dunia merupakan waktu paling sukar dalam kariernya.

Jesus mengalami kempen Russia 2018 yang sukar sementara bintang City itu gagal membuat sebarang jaringan ketika Brazil tersingkir dalam pusingan suku akhir.

Menjelang aksi persahabatan Brazil berdepan Panama, Sabtu ini, dan Republik Czech tiga hari berikutnya, Jesus membincangkan kesukaran yang dialami dalam Piala Dunia.

"Ia tidak menjejaskan saya tetapi sukar untuk saya kembali mendapatkan rentak terbaik," katanya.

"Keluarga dan rakan-rakan saya banyak membantu.

"Saya tidak berasakan dalam prestasi yang hambar tetapi Sergio Aguero (penyerang City) sangat menyinar ketika ini.

"Apabila saya beraksi, saya membantu pasukan. Pasca-Piala Dunia merupakan tempoh paling sukar buat mana-mana pemain. Tetapi saya berjaya mengatasinya dan kembali menemui sentuhan saya."

Jesus mempamerkan aksi cemerlang sejak menyertai City daripada Palmeiras dua tahun lalu -- menjaringkan tujuh gol dalam 10 penampilan.

Pemain berusia 21 tahun itu menyumbang 13 jaringan dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu sementara enam bagi saingan Liga Juara-Juara (UCL).

"Saya hanya berusia 21 tahun. Saya tidak mahu terlalu tergesa-gesa dalam karier ini. Aguero banyak membantu saya meningkatkan mutu permainan," ujarnya.

Advertisement

Must Watch Video