MAGHRIBI 1 SEPANYOL 2

Juanlu Sanchez menjadi wira buat Sepanyol selepas menjaringkan gol kemenangan untuk membawa pasukan itu mara ke perlawanan akhir Sukan Olimpik Paris 2024 menewaskan pasukan bukan pilihan, Maghribi, sebentar tadi.


Penjaring terbanyak Liga Juara-juara Asia (ACL) musim lalu, Soufiane Rahimi, sekali lagi meledak jaringan buat Maghribi menerusi sepakan penalti untuk terlebih dahulu meletakkan pasukan berjersi merah tersebut di depan.


Skuad La Roja perlu menunggu di separuh masa kedua untuk memecahkan kebuntuan hasil daripada pemain handalan, Fermin Lopez, untuk menyamakan kedudukan sekali gus mengubah suhu permainan kepada aksi lebih tegang.

Juanlu Sanchez mencipta nama sebagai wira pasukan kebangsaan Sepanyol apabila tenang merembat masuk gol yang menewaskan Munir El Kajoui untuk membawa ke skuad kendalian Santi Denia ke pentas akhir selain mengulangi pencapaian edisi lalu, Tokyo 2021.