BOLA SEPAK
Paris 2024: La Roja buru impian emas sejak 1992, lengkapkan tahun gemilang 2024
Santi Denia melihat perlawanan pingat emas bola sepak lelaki Sukan Olimpik Paris 2024 menentang Perancis, tengah malam ini, sebagai satu peluang untuk Sepanyol membuktikan status mereka sebagai pasukan terbaik bola sepak Eropah.
La Roja menikmati musim 2024 yang hebat setakat ini berikutan kejayaan pasukan senior dan bawah 19 tahun mereka menjulang kejuaraan Kejohanan Eropah bulan lalu.
Kejayaan itu hadir sejak barisan kendalian Luis de la Fuente menawan Liga Negara-Negara UEFA pada 2023, dan anak buahnya mengatasi Croatia, Itali, Jerman, Perancis dan England ketika merintis kejayaan cemerlang mereka dalam EURO 2024.
Iklan
Tuan rumah, Perancis, akan penghalang mereka di Parc des Princes, dan Denia menyeru pasukannya supaya mengharumkan lagi nama negara mereka.
"Kami gembira kerana menjadi penanda aras di Eropah dan dunia, ia adalah usaha yang telah diterapakn selama bertahun-tahun," kata Denia dalam sidang media pra-perlawanan awal pagi tadi.
☀ ¡Buenos días!? ? ???? ????????? ? ??? ?? ???????? ?#UnSueñoCompartido | #Paris2024 pic.twitter.com/5ABoMz07gx— Selección Española Masculina de Fútbol (@SEFutbol) August 8, 2024
“Kami bertambah baik dan terus bekerja keras, kami mempercayai DNA permainan dan profil pemain yang mewakili kami.
"Kami telah menantikan pingat emas selama bertahun-tahun, ia adalah satu cabaran dan keterujaan tambahan."
Satu-satunya emas Sepanyol dalam Sukan Olimpik hadir di tempat sendiri ketika penganjuran Barcelona 1992 apabila pasukan yang menampilkan tonggak seperti Pep Guardiola dan Luis Enrique itu menewaskan Poland 3-2 dalam perlawanan akhir yang mendebarkan.
Kapten Abel Ruiz, yang menyertai Girona pada bulan lalu berminat untuk mengikuti jejak langkah skuad legenda itu.
“Kami bermotivasi, kami tahu emas itu sesuatu yang sangat penting untuk negara dan kami.
"Ia boleh menjadi sesuatu yang bersejarah dan kami gigih berjuang.
"Kami telah menjalani kem latihan selama 40 hari dan ia melibatkan usaha yang tinggi. Kami benar-benar menantikan perlawanan akhir ini."
Must-Watch Video