Skip to main content

Bola Sepak

Paris 2024: Kanada hantar pulang ketua jurulatih bola sepak wanita akibat intipan dron

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bev-priestman.png
Jawatankuasa Olimpik Kanada mengesahkan bahawa dua anggota kejurulatihan wanita mereka telah dihantar pulang berikutan insiden dron menjelang perlawanan pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024 menentang New Zealand.

Ketua jurulatih, Bev Priestman, yang mengetuai Kanada meraih pingat emas sulung dalam edisi di Tokyo juga secara sukarela menarik diri daripada membimbing pasukannya dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A di Saint-Etienne, esok. 

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah oun membuka prosiding tatatertib terhadap Canada Soccer selepas pasukan wanita New Zealand mengadu bahawa sesi latihan mereka pada Isnin lalu telah terganggu oleh dron menjelang pertemuan mereka.

Jasmine Mander yang merupakan pembantu kepada Priestman telah dihantar pulang di samping 'penganalisis tidak bertauliah', Joseph Lombardi, berikutan kejadian itu.

Lombardi merupakan pengarah Pusat Pembangunan Nasional Ontario dan program Wanita B-20 sementara Mander bertindak sebagai pembantu Priestman dalam Sukan Olimpik Tokyo pada 2021 dan Piala Dunia musim panas lalu.

 

Priestman kemudian meminta maaf atas apa yang terjadi sambil berkata dia menggalas tanggungjawab itu. 

"Saya pertama sekali ingin memohon maaf kepada pemain dan kakitangan dalam Bola Sepak New Zealand dan kepada pemain Kanada," kata Priestman.

"Ini bukanlah gambaran nilai yang diterapkan pasukan kami. Saya akhirnya bertanggungjawab untuk pengendalian dalam program kami."
 

Advertisement

Must Watch Video