Skip to main content

Bola Sepak

Terlepas Piala Dunia? Majlis kahwin bertukar kacau, pasport pemain hilang

Saud

Pertahanan Arab Saudi, Saud Abdulhamid, akan tiba lewat ke kem pasukan kebangsaan menjelang Piala Dunia selepas pasportnya dicuri di Amsterdam.

"Persekutuan Bolasepak Arab Saudi (SAFF) ingin memberikan maklumat rasmi terkini mengenai kelewatan Saud Abdulhamid di kem latihan pasukan kebangsaan manuju fasa terakhir pasukan menjelang Piala Dunia FIFA 2026.

"Pemain itu tidak dapat pergi ke Riyadh hari ini seperti yang dijadualkan selepas kenderaan persendiriannya dirompak di Amsterdam, sewaktu bersama keluarganya untuk majlis perkahwinannya.

Kejadian itu mengakibatkan kehilangan barang peribadi, termasuk pasportnya."

SAFF berkata ia sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menyelesaikan isu tersebut.

"SAFF sedang bekerjasama dengan Kementerian Sukan untuk merancang siasatan dan juga bekerjasama dengan Kedutaan Kerajaan Arab Saudi di Belanda seperti mengeluarkan dokumen yang diperlukan bagi membolehkan pemain itu menyertai skuad," tambah kenyataan itu.

Abdulhamid yang bermain untuk RC Lens secara pinjaman dari AS Roma telah dinamakan dalam skuad awal 30 pemain oleh jurulatih, Georgios Donis.

Pasukan kebangsaan Saudi telah terbang ke Amerika Syarikat (AS) untuk kem latihan di New York dan Texas, di mana mereka akan memperhalusi persediaan mereka dengan perlawanan persahabatan menentang Ecuador, Puerto Rico dan Senegal.

Arab Saudi akan bertanding dalam Kumpulan H bersama Sepanyol, Uruguay dan Cape Verde.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

Must Watch Video