Sadio Mane memberitahu rakan sepasukannya di Liverpool supaya memanggilnya Cristiano Ronaldo selepas menggantikan Roberto Firmino.
Mane meledak dua gol ketika membantu pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu menewaskan Watford 5-0, Rabu lalu, untuk kekal mendahului Manchester City dengan satu mata.
Firmino terlepas perlawanan tersebut ekoran kecederaan buku lali sementara Jurgen Klopp meminta Mane mengisi kekosongan ditinggalkan pemain kebangsaan Brazil itu sebagai pemain nombor sembilan.
Mane menanduk masuk jaringan buat Liverpool sebelum menggandakan jaringan ketika menewaskan The Hornets dengan penuh bergaya di Anfield.
Bintang Senegal itu gembira di atas peluang beraksi sebagai penyerang tengah dan jika mahukan dirinya sekali lagi beraksi dalam posisi tersebut, rakan sepasukannya perlu memanggil dirinya Ronaldo.
"Sejujurnya saya agak terkejut. Saya tidak pernah bermain di posisi itu. Saya sangat gementar," kata Mane.
"Sebelum perlawanan, Klopp memanggil saya dan berkata, 'Terdapat beberapa pertukaran, Mane, anda perlu bermain di posisi nombor sembilan'.
"Saya berkata, 'Oh!', dan melihat ke arah rakan sepasukan.. Saya ketawa dan berkata, 'Kami sepasukan, jadi anda perlu mempercayai saya!'
"Mereka mentertawakan saya tetapi saya berkata, 'Mulai hari ini, panggil saya Ronaldo atau Firmino!'
"Saya sangat bertuah kerana menjaringkan dua gol tetapi saya tidak kisah sebenarnya. Saya gembira bermain di bahagian kiri atau kanan tetapi jika pasukan dan jurulatih mahu saya bermain sebagai penyerang, saya akan cuba lagi."