Pasukan bola sepak Palestin akan memulakan cabaran Kumpulan I, pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 berdepan Lubnan di Stadium Khalid Bin Mohammed, Sharjah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Khamis ini.
Perlawanan kelayakan bagi zon Asia itu terpaksa diadakan di gelanggang berkecuali berikutan konflik Israel-Palestin yang meruncing di Asia Barat.
Perlawanan pembukaan itu pada awalnya dijadualkan berlangsung di Beirut sebelum Palestin sepatutnya menjadi tuan rumah kepada Australia pada minggu berikutnya.
Namun, tindak balas Israel terhadap serangan Hamas pada 7 Oktober lalu memaksa pegawai pertandingan mencari venue baru.
Lubnan dan Palestin akan bertemu di Stadium Khalid bin Mohammed sebelum Palestin, yang biasanya menganjurkan perlawanan di Stadium Faisal Al-Husseini Al-Ram di Tebing Barat, akan menentang Australia di Kuwait pada 21 November depan.
Socceroos pimpinan Graham Arnold sebelum itu menjadi tuan rumah kepada Bangladesh di Melbourne sebelum berdepan Palestin.
Kempen kelayakan yang menyingkap tirai minggu ini menandakan permulaan fasa kedua kelayakan benua untuk ke Piala Dunia 2026.
Piala Dunia di Amerika Utara 2026 akan bermula dengan 12 kumpulan membabitkan empat negara sekumpulan, yang juga perubahan daripada perancangan format asal, 16 kumpulan membabitkan tiga pasukan.
Sebagai rekod, edisi di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico akan menjadi temasya pertama membabitkan 48 pasukan, penambahan daripada 32 pasukan di Qatar 2022 sebelum ini.
-- Sinar Harian