Skip to main content

Bola Sepak

Palestin mulakan persiapan di Cheras sebelum hadapi Korea Selatan

palestin.jpg
Skuad bola sepak Palestin memulakan sesi latihan sebagai persediaan untuk menentang Korea Selatan dalam aksi Pusingan 3 Kelayakan Piala Dunia 2026 awal bulan depan.

Sesi latihan skuad bimbingan Makram Daboud itu berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras petang semalam. 

Selepas berdepan negara Kimchi di Seoul pada 5 September, Palestin yang berada di ranking ke-96 dunia akan kembali ke Malaysia.

Mereka akan melayani kunjungan Jordan di Cheras bagi aksi kedua Kumpulan B pada 10 September.

Terdahulu pemain Palestin tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada malam kelmarin. 

Ketibaan mereka disambut oleh Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman.



Sebagai rekod, Persatuan Bolasepak Palestin (PFA) memilih Malaysia sebagai venue untuk gelanggang sendiri bagi perlawanan bertemu Jordan.

FAM diberi tanggungjawab menguruskan perlawanan itu daripada segi operasi dan teknikal termasuk kem latihan pusat pasukan berkenaan.

Kredit: Sinar Harian 

Advertisement

Must Watch Video