Skip to main content

Bola Sepak

Palestin miliki kelebihan ungguli rekod pertemuan tapi?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nt.jpg
Sudah tentu Palestin hadir dengan rekod cemerlang apabila mengungguli pertemuan dengan empat kemenangan berdepan Harimau Malaya.

Namun, skuad kebangsaan enggan merekodkan kekalahan kelima dan ketua jurulatih, Peter Cklamovski, mempunyai ramuan tersendiri untuk berdepan gergasi Asia itu Stadium Sultan Ibrahim (SSI), esok.

Meskipun ketiadaan bintang warisan negara, Facundo Garces dan Dion Cools, Malaysia dalam rentak terbaik untuk mengekang asakan Palestin dan mencari mata untuk terus memperbaiki ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Selepas empat perlawanan dengan kemenangan sejak mengambil alih selaku pengendali utama, Cklamovski dalam misi mengekalkan kesempurnaan itu menjelang aksi persahabatan antarabangsa tier 1 kedua bertemu Palestin itu.

 

"Kami berdepan pasukan yang baik dan kami menghormati mereka. Kami akan lakukan yang terbaik untuk meraih kemenangan.

"Ia adalah cabaran buat kami, tetapi kami akan lebih agresif dan memastikan mereka berdepan lawan yang sukar dan saya mahu mereka keluar padang dan tidak mahu beraksi berdepan Malaysia lagi," katanya ketika sidang media praperlawanan hari ini.

Malaysia pernah diaibkan oleh Palestin sehingga tewas 0-6 dalam Kelayakan Piala Dunia, sebelum ini. 

Kedua-dua pasukan dengan reputasi tinggi mahu memperoleh kemenangan dan Malaysia sedang membina momentum terbaik bagi menghadapi Kelayakan Piala Asia 2027, Oktober depan. 

Untuk rekod, Palestine kini berada di ranking ke-98 dunia, manakala Malaysia di kedudukan ke-125.
 
Football

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video