Status sama ada tujuh pemain warisan berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) atau tidak berhubung isu pemalsuan dokumen adalah tertakluk kepada terma yang termaktub dalam kontrak mereka.
Pakar perundangan sukan, Richard Wee, berkata, ia termasuk klausa dan terma yang menyebut dengan jelas -- sekiranya berlaku sebarang pertikaian, mereka boleh membawa kes mereka ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).
Namun, jika terma berkenaan tiada dalam kontrak mereka, tujuh pemain berkenaan masih memiki ruang untuk membawa kes berkenaan ke Mahkamah Sivil di Malaysia atau negara kelahiran masing-masing.
"Kes boleh dibawa ke CAS seandainya kontrak di antara kedua-dua pihak memiliki terma yang menyatakan, dalam apa-apa perselisihan, kalau mahu mendakwa, perlu melalui mahkamah dan mereka memilih untuk melalui CAS," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.
"Jika ada (terma itu) barulah boleh dibawa ke CAS. Kita tiada kontrak mereka jadi kita tidak mengetahui apa terma yang ada di dalamnya.
"Jika tiada terma itu dalam kontrak mereka, mereka boleh mengambil tindakan seperti membawanya Mahkamah Tinggi di Malaysia tetapi mereka juga mungkin memiliki ruang untuk membawanya di mahkamah di negara mereka."
Grab Cepat

PUMA SALE: Up to 50% Off
Dapatkan kasut, pakaian, dan aksesori Puma kegemaran korang dengan diskaun hebat 11.11 ini. Jangan tunggu lama — stok terhad!
Grab Cepat