Skip to main content

Bola Sepak

Padang tidak rata punca Perak FC gagal bermain baik -- Teong Kim

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

teong-kim.jpg
Pengendali Perak FC, Datuk Lim Teong Kim, kecewa dengan permukaan padang yang tidak rata menjejaskan corak permainan yang diterapkan pasukannya ketika seri tanpa jaringan dengan Kelantan United di Kota Bharu, sebentar tadi.

Perak dan Kelantan United gagal merekodkan kemenangan pertama musim ini dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad ke-IV pada sebelah petang tadi.

Walaupun tetap berpuas hati dengan kutipan satu mata, Teong Kim bagaimanapun menjelaskan pasukannya gagal menterjemah corak permainan yang terbaik sekaligus menjejaskan peluang untuk mendapatkan kemenangan.

"Padang di sini memang susah untuk bermain bola kerana tidak rata," kata Teong Kim.

"Bola melantun ketika melakukan hantaran dan ia menyukarkan pasukan untuk melakukan kombinasi permainan yang lebih lancar.

"Jika corak permainan untuk melakukan hantaran jauh, mungkin berhasil tetapi ia bukan seperti yang kami harapkan."

Bagi jurulatih Kelantan United, Tomas Trucha, yang turut kecewa tuan rumah gagal menggunakan peluang beraksi di laman sendiri dan berusaha mendapatkan kemenangan. 

"Pemain-pemain tidak menghadirkan permainan yang seperti kami harapkan," kata Trucha.

"Pemain gantian turut gagal menterjemahkan apa yang telah dirancangkan bagi membantu pasukan. Terdapat beberapa aspek yang perlu diperbaiki sebelum saingan akan datang."
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video