Mesut Ozil berkata "amat pedih" buat Jerman apabila tersungkur awal dalam saingan Piala Dunia dengan gagal melepasi peringkat kumpulan.
Walaupun Jerman menewaskan Sweden menerusi jaringan Toni Kroos, kekalahan kepada Mexico dan Korea Selatan meletakkan mereka di tangga tercorot Kumpulan F.
Jerman merupakan pasukan pilihan sebelum kejohanan bermula, selepas menjuarai Piala Konfederasi bagi menambah gelaran yang diraih di Brazil 2014.
Tetapi Die Mannschaft gagal mara ke peringkat kalah mati buat kali pertama sejak 1938, meninggalkan satu kekecewaan buat Ozil.
"Tersingkir awal ternyata mengecewakan kami," kata Ozil.
"Kami tidak bermain dengan baik. Saya memerlukan masa untuk melupakan perkara ini," ujarnya.
Jerman mengesahkan Joachim Low -- yang memiliki kontrak hingga 2022 -- akan kekal sebagai jurulatih.
Di bawah pimpinan Low, Jerman mara ke final Euro 2008, separuh akhir Euro 2016 dan Piala Dunia 2010.