Pengendali Manchester City, Pep Guardiola, mencadangkan jaringan penyamaan Manchester United dalam kekalahan 2-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris semalam terhasil kerana beraksi di Old Trafford.
Jack Grealish meletakkan City di hadapan, sebelum United mengikat jaringan pada minit ke-78.
Bruno Fernandes menyumbat masuk bola melepasi Ederson ketika Marcus Rashford berada dalam kedudukan ofsaid, dengan jaringan tersebut dinafikan pengadil sebelum VAR memberikan jaringan tersebut kepada United.
The Red Devils kemudian memastikan mata penuh empat minit kemudian apabila Rashford menampan masuk hantaran Alejandro Garnacho.
Guardiola berang dengan keputusan memberikan jaringan Fernandes, menyindir ia tidak akan diberikan sekiranya perlawanan itu dimainkan di tempat lain.
"Marcus Rashford ofsaid, Bruno Fernandes tidak," katanya kepada BBC's Match of the Day.
"Rashford mengalih perhatian penjaga gol dan pertahanan tengah kami. Itulah keadaannya. Kami tahu di mana kami bermain. Ia sukar untuk pengadil di stadium ini."

We'll keep pushing! ?
— Manchester City (@ManCity) January 14, 2023
Thank you for your brilliant support today and always ?
? 2-1 ? #ManCity pic.twitter.com/d1wQxWJwx8