Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Nwakaeme cetus kebimbangan Dollah

dickson-nwakaeme.jpg
Ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh, runsing memikirkan khidmat Dickson Nwakaeme dalam pasukannya ketika pemain itu berdepan dengan kecederaan paha selain risiko penggantungan perlawanan selepas mengutip dua kad kuning.

Selepas kehilangan Eduardo Ze Love yang digantung perlawanan akibat mengumpul tiga kad kuning, Dollah tidak boleh kehilangan sentuhan Nwakaeme menjelang aksi dengan Kedah di Stadium Darul Makmur, malam ini.

Namun, pemain kelahiran Lagos, Nigeria itu kini berdepan situasi 50-50 selepas gagal menamatkan sesi latihan terakhir semalam kerana kesakitan di paha.

Ketika aksi Pahang menentang Kedah menjadi tumpuan, keadaan Nwakaeme itu sekali lagi mencetus gusar memandangkan dia sudah mengumpul dua kad kuning.

"Kami akan kehilangan Ze Love memandangkan dia sudah mengumpul tiga kad kuning.

"Dickson juga sudah mengumpul dua kad kuning dan mengalami kecederaan," kata Dollah.

Walaupun keadaan Pahang kelihatan sukar tanpa pemain utama, Dollah tetap meletakkan sasaran tiga mata sebagai keutamaannya memandangkan ia adalah syarat utama untuk pasukannya mengejar pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT). 

"Saya percaya kedua-dua pasukan akan berjuang habis-habisan.

"Pahang perlu beraksi lebih baik memandangkan kami beraksi di laman sendiri.

"Saya berharap penyokong kami akan memberikan sorakan yang padu bagi membantu kejayaan pasukan ini," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video