Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Nwakaeme buat Tok Gajah cemas hadapi Kedah

dickson-nwakaeme.jpg
Pahang tetap mengidamkan mata penuh menjadi milik mereka meskipun dua watak utama di jentera serangan, Dickson Nwakaeme, tidak cergas selain Ze Love terpaksa menjalani penggantungan.

Tok Gajah bakal berdepan ujian getir menentang pasukan yang berada di tangga ketiga Liga Super, Kedah, di Stadium Darulmakmur, Kuantan, malam esok. 

Begitupun, percaturan Dollah Salleh tergugat apabila menyuarakan sedikit kegusaran ekoran situasi Nwakaeme yang dihimpit masalah hamstring. 

"Dickson sudah mengumpul dua kad kuning selain berdepan masalah kecederaan. 

"Saya tidak pasti sama ada dia boleh beraksi malam esok dan saya akan menentukan kedudukannya sejurus selesai sesi latihan petang ini," kata Dollah yang ditemui di venue perlawanan.

Selain itu, Ze Love, yang mengakhiri kemarau jaringan ketika menentang PKNP FC, Sabtu lalu, akan menjadi pemerhati sahaja berikutan sudah mengumpul tiga kad kuning, namun dua pertahanan, Herold Gouloun dan Safuwan Baharudin, bersedia untuk beraksi selepas selesai penggantungan satu perlawanan.

 

Advertisement

Must Watch Video