EPL
Nottingham Forest pamer mentaliti berbeza musim ini, kata Cooper
NOTTINGHAM 2 SHEFFIELD 1
Pengurus Nottingham Forest, Steve Cooper, melihat anak buahnya makin berkembang ketika mereka bangkit untuk menewaskan Sheffield United 2-1 pada lewat permainan, awal pagi tadi.
Forest kelihatan seperti akan seri dengan The Blades selepas gol pembukaan minit ketiga oleh Taiwo Awoniyi dibatalkan oleh rembatan Gus Hamer sejurus permainan bersambung.
Iklan
Bagaimanapun, Chris Wood, yang dibeli selepas dipinjamankan daripada Newcastle tampil dengan sentuhan pemusnah pada minit ke-89 apabila menanduk masuk gol kemenangan 2-1 dan memastikan kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) mereka berjalan lancar.
Jika musim lalu, Cooper tidak terlintas untuk melihat barisannya mampu memenangi perlawanan ini, sehubungan itu memuji mentaliti pasukannya.
"Dalam 30 minit terakhir permainan, saya fikir kami setakat ini kami unggul dengan bermain tinggi di atas padang, menampilkan corak permainan yang menarik dan mencipta detik berbahaya dalam permainan,” katanya.
"Kami mengatur permainan untuk cuba memenanginya. Sudah tentu kami adalah pasukan yang lebih baik, sudah tentu kami berhak untuk menang tetapi saya sangat menyukai sikap pemain yang berjuang sedaya upaya dan menjaringkan gol lewat.
"Ia mengingatkan saya sedikit tentang kekalahan 2-3 di tempat sendiri menentang Fulham dan Bournemouth, jadi harap ia satu perkembangan sihat terhadap mentaliti pasukan.
"Saya sangat suka dengan cara kami mengekalkan taktikal, hanya ada sebuah pasukan yang layak menang malam ini.
“Kami sempat memberikan Sheffield United peluang tetapi saya sangat gembira kami dapat memperkemaskan semula permainan dan mengasak dalam 30 minit terakhir."
Must-Watch Video