Skip to main content

Bola Sepak

Nor Hakim Hassan berpisah dengan Selangor FC

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hakim-hassan.jpg
'Terima kasih Selangor' -- Nor Hakim Hassan, mengakui berat untuk membuat keputusan meninggalkan gergasi Merah Kuning selepas empat musim jatuh bangun bersama.

Dalam perkongsiannya bersama Nadi Weekend, anak jati Terengganu itu bagaimanapun menegaskan keputusan itu dibuat demi cabaran baru dalam kariernya.

Antara pemain sayap kiri terbaik di negara ini, Nor Hakim berpisah dengan Selangor menerusi persetujuan bersama untuk menyertai pasukan baru pada jendela kedua perpindahan pemain Liga Malaysia Julai ini.

Pemain berusia 31 tahun itu membuat penampilan terakhir bersama Red Giants dalam aksi suku akhir bertemu Negeri Sembilan di Stadium Paroi semalam.

"Berhat hati saya untuk meninggalkan pasukan Selangor. Selepas melewati beberapa musim bersama pasukan, saya perlu mengambil keputusan ini untuk mendapatkan cabaran baru. Terima kasih kepada Selangor kerana memberikan saya peluang sebelum ini," katanya.

 

Advertisement

Must Watch Video