Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Nor Azam mahu lupakan ketakutan ACL

azam.jpg
Pemain tengah Harimau Malaya, Nor Azam Azih, bertekad melupakan fobia kecederaan lutut (ACL) demi memastikan sasaran skuad negara berada dalam kelompok 34 terbaik Asia menjadi kenyataan.

Fobia ekoran kecederaan lalu masih ada, namun Nor Azam tidak mahu hal itu mengganggu kariernya di peringkat tertinggi.

"Memang ada rasa fobia seperti ketika saya mengalaminya. Kalau saya lompat atau memusingkan badan, ia paling fobia. Namun, selepas pulih, saya tidak begitu takut," katanya.

Dia masih mendapat perhatian jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe, walaupun namanya pernah digugurkan daripada skuad ketika pemilihan ke Piala Suzuki AFF 2018 ekoran kecederaan.

Pemain itu bergantung kepada suntikan untuk memastikan cairan di lututnya tidak mengganggu pergerakannya di dalam padang.

"Saya masih lagi perlukan suntikan tetapi jika sesiapa yang pernah melalui kecederaan lutut, ia perkara paling ditakutkan. Saya harap dalam tempoh sebulan, diharapkan tiada apa yang berlaku."

Nor Azam mengalami kecederaan ACL pada 2016 dan terpaksa mengambil suntikan yang sama dengan dos setahun sebanyak dua kali di bahagian lutut.

Empat pemain Pahang mendapat perhatian Cheng Hoe, iaitu Matthew Davies, Mohamadou Sumareh dan Norshahrul Idlan Talaha.
 

Advertisement

Must Watch Video