PIALA MALAYSIA
Nilai pemain meningkat selepas final Piala Malaysia -- Legenda Terengganu
Kejohanan bola sepak tertua negara, Piala Malaysia, memiliki keunikan tersendiri, bahkan mampu meningkatkan nilai pemain dalam pasaran, demikian kata dua legenda Terengganu, Wan Rohaimi Wan Ismail dan Sapian Wahid.
Dalam satu wawancara Nadi Arena Khas bersempena final Piala Malaysia di Astro Arena sebentar tadi, Wan Rohaimi, yang merupakan antara pertahanan ketika kali terakhir Terengganu bergelar juara pada 2001, menganggap saingan tertua negara itu merupakan satu kejohanan yang unik.
"Uniknya Piala Malaysia ini, walaupun anda bermain selama 20 tahun dalam bola sepak, anda mungkin tidak memiliki sekali pun peluang untuk mengecap nikmat bergelar juara Piala Malaysia.
Iklan
"Demikianlah uniknya kejohanan."
Senada dengan kenyataan itu, Sapian menambah kejayaan layak ke separuh akhir dan seterusnya final Piala Malaysia dapat meningkatkan nilai seseorang permain untuk memperbaharui kontrak yang lebih baik atau diintai pasukan baru.
"Kejayaan dalam karier bola sepak adalah Piala Malaysia. Sebagai pemain, untuk mendapatkan kontrak baru tahun depan, Piala Malaysia menjadi penilaiannya," katanya.
Must-Watch Video