LIGA SUPER MSIA
Nidzam tegur aksi longlai anak buah
Pengendali Kedah, Nidzam Adzha Yusoff, akur dengan kekalahan 2-1 Lang Merah kepada Kelantan dalam aksi Liga Super malam tadi.
Bagi Nidzam, barisan pemainnya sepatutnya menyempurnakan deretan peluang gol yang dimiliki dalam babak pertama.
"Keputusan perlawanan ini memang tidak dijangka. Apapun, ia atas kesilapan kami sendiri.
Iklan
"Kelekaan pemain di atas padang, sikap ambil mudah dalam separuh masa kedua, ditambah pula dengan peluang yang begitu banyak tidak digunakan (sebaik mungkin), kami dihukum, " kata Nidzam.
Kekalahan kepada Kelantan merupakan yang kedua berturut-turut buat Kedah di laman sendiri selepas turut tumpas kepada Melaka United sebelum ini.
Nidzam mengakui mereka perlu segera bangkit bermula dengan aksi berdepan Kelantan sekali lagi di Stadium Darulaman, Jumaat ini.
"Kami cuma ada selang dua hari (sebelum aksi seterusnya), pemain perlu banyak berehat untuk mengembalikan tenaga," tambah Nidzam.
Must-Watch Video



