Neymar mengakui beraksi dengan Real Madrid sebagai satu prospek menarik tetapi menegaskan dia tidak akan tergesa-gesa untuk meninggalkan juara Perancis, Paris Saint-Germain (PSG).
Bintang Brazil itu muncul pemain termahal dunia dalam sejarah selepas meninggalkan Barcelona menerusi perpindahan bernilai EUR222 juta (RM1.02 bilion) pada Ogos 2017.
Pemain berusia 27 tahun itu sedang menjalani proses pemulihan di bahagian metatarsal yang cedera Januari lalu, namun dia tetap menikmati kejayaan di Perancis apabila memenangi kesemua empat kejuaraan domestik dalam musim pertama.
Walaupun Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi, menegaskan Neymar bukan untuk dijual, ia sama sekali tidak memadamkan spekulasi untuk mengaitkan dia dengan perpindahan ke Real Madrid, kelab yang diminati penyerang itu.
"Real Madrid adalah salah sebuah kelab terbesar di dunia," kata Neymar.
"Mana-mana pemain yang dimahukan Madrid akan tertarik untuk beraksi di sana.
"Saya tidak katakan akan beraksi untuk Madrid. Saya gembira di sini tetapi di masa akan datang, tiada siapa tahu.
"Semua orang tahu saya sudah memenuhi impian, beraksi buat Barcelona. Ia menjadi impian saya, sesuatu yang saya katakan sejak kecil dan akhirnya dapat dipenuhi. Saya gembira.
"Kini, saya gembira di PSG. Jika bercakap hari ini, saya hanya memberi tumpuan buat PSG. Saya tidak tertarik dengan kelab lain, tidak mahu meninggalkan Paris tetapi setiap perkara berlaku sangat pantas.
"Tiga bulan dari sekarang, tiada siapa tahu apa akan berlaku. Jika presiden datang bercakap dengan anda, kadangkala pemain tiada jalan lain. Walaupun mahu kekal bersama pasukan, dia tetap perlu pergi.
"Saya tidak bercakap mengenai diri saya. Saya memberi contoh, di mana kehidupan pemain berlalu begitu pantas, tidak dijangka.
"Namun, jelas sekali Real Madrid adalah pasukan hebat, salah sebuah kelab terbesar dunia. Saya menghormati kelab itu tetapi kini melihat saya di Paris."
Neymar bersama Barca selama empat musim dalam LaLiga, menjulang dua trofi dua liga serta satu trofi Liga Juara-Juara Eropah.