Neymar mahu melihat rakan sepasukannya di Brazil, Philippe Coutinho, menyertainya di Barcelona dengan menyatakan kepercayaan bahawa penyerang Liverpool itu sesuai di Camp Nou.
Coutinho telah meledak enam gol dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk Liverpool musim ini dan akan membentuk gandingan bersama Neymar untuk mengharungi aksi kelayakan Piala Dunia zon Amerika Selatan.
Neymar berhasrat untuk melanjutkan gandingan mereka itu di peringkat kelab, di mana dia percaya Coutinho dapat menyesuaikan diri dengan lancar dengan corak permainan Barca.
"Pemain EPL yang saya ingin lihat di Barcelona adalah Coutinho," katanya kepada Daily Mail.
"Saya percaya Philippe Coutinho adalah pemain yang patut berada di Barcelona."
Coutinho mungkin berdepan kesukaran untuk merebut tempat dengan Luis Suarez dan Lionel Messi di barisan hadapan , namun Neymar percaya daya saing itu akan membuahkan hasil di Barca.
"Ada sesuatu yang melucukan, entah bagaimana kami semua saling melengkapi antara satu sama lain," katanya.
"Saya bermain di sebelah kiri kerana kekuatan saya adalah kaki kanan, Messi bermain di sebelah kanan kerana dia adalah kidal dan kemudiannya, Suarez penjaring kami.
"Jadi, saya percaya kami akan melengkapi antara satu sama lain dan kami sentiasa cuba untuk saling membantu di atas padang.
"Kami mempunyai jalinan persahabatan yang sangat bagus di luar dan kami bawakan ia di dalam padang.
"Ia menjadi lebih mudah apabila anda suka bekerja dengan sahabat anda."