Neymar percaya Kylian Mbappe merupakan satu fenomena, namun menganggap rakan sepasukannya itu masih boleh berkembang.
Mbappe menjaringkan 13 gol dalam Ligue 1 sepanjang musim pertamanya dengan Paris Saint-Germain (PSG) dan terbukti jauh lebih prolifik sepanjang musim ini -- 26 gol yang membantu pasukan juara itu mengekalkan dominasi mereka.
Edinson Cavani dan Nicolas Pepe masing-masing telah menjaringkan 17 gol dengan Mbappe hampir pasti bergelar penjaring terbanyak musim ini.
Mbappe turut membuktikan kejaguhannya di peringkat antarabangsa dengan memecahkan rekod Karim Benzema sebagai pemain termuda mencecah 30 penampilan buat Perancis.
Dia turut menjaringkan 12 gol buat skuad Les Bleus itu, termasuk empat ketika menjulang Piala Dunia tahun lalu.
Bagaimanapun, Neymar, yang kecederaan kakinya membenarkan Mbappe menjadi tumpuan sepanjang beberapa minggu lalu, berasakan masih banyak lagi perkara hebat yang akan dikeluarkan bintang berusia 20 tahun itu.
"Bagi saya, buat masa ini, dia adalah fenomena," katanya kepada DAZN and Goal.
"Dia boleh memiliki karier yang hebat dan menjadi lebih baik daripada sekarang.
"Saya tidak mempunyai sebarang keraguan yang dia akan menjadi nama terbesar dalam bola sepak dunia.
"Dia seorang yang tenang, bahagia, sentiasa ceria dan sentiasa bersedia untuk bergurau-senda.
"Ia amat jelas, dia masih seorang remaja dan akan memperoleh lebih banyak pengalaman," katanya.
Pele menganggap Mbappe sebagai penggantinya walaupun Neymar sebelum ini bersungguh-sungguh untuk mengatasi pencapaian legenda Brazil itu.
"Saya tidak dapat menentukan siapa pemain kedua terbaik selepas Pele.
"Pada saya, setiap daripada kami adalah penting.
"Dulu saya pernah katakan yang setiap daripada kami perlu melakar sejarah.
"Setiap pemain mempunyai cara berbeza dan setiap pemain akan menjadi penting dalam waktu tertentu.
"Terdapat beberapa nama yang akan kekal tersemat dalam sejarah penting bola sepak Brazil.
"Ronaldo, Romario, Ronaldinho, Kaka, Zico dan Rivaldo kesemuanya akan diingati sampai bila-bila.
"Terdapat ramai pemain penting yang yang mempunyai keunikan mereka sendiri, jadi agak sukar untuk saya memilih satu nama.
"Sebagai contoh, Roberto Carlos bukanlah seorang penyerang, namun dia seorang pemain yang mempunyai kisah luar biasa.
"Ia amat sukar untuk menilai pemain terbaik selepas era Pele.
"Saya amat menghormati setiap pemain yang melakar sejarah terdahulu.
"Setiap pemain yang dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan Brazil.
"Mereka adalah contoh buat saya, mereka adalah idola saya.
"Setiap seorang daripada mereka amat penting," katanya.