Pemain tengah Perancis, Blaise Matuidi, mungkin tidak akan berpindah ke Juventus jika tidak berbincang dengan Neymar.
Matuidi mengakhiri enam tahun di Parc des Princes dengan menyertai juara Serie A itu pada Ogos lalu, dua minggu selepas PSG membawa masuk Neymar daripada Barcelona.
Matuidi menjelaskan keputusan yang dilakukan untuk menimba pengalaman di Itali merupakan hasil perbincangan bersama bintang kelahiran Brazil itu.
"Tanpa meneliti tawaran yang diberikan, saya berbincang dengan Neymar," katanya.
"Saya telah berbincang dengan Dani Alves dan Thiago Motta. Secara ringkasnya, mereka mahu saya kekal di Paris kerana mengetahui kebolehan yang saya miliki.
"Tetapi keputusan telah diambil dan saya akan kecewa jika tidak mengakhiri karier tanpa bermain di luar negara. Dan ia merupakan satu keputusan yang tepat, saya menikmati waktu bermain di Itali," katanya.
Ketika PSG memiliki kelebihan 11 mata selaku pendahulu liga, Juventus sedang bersaing hebat dengan Napoli dalam misi merangkul Scudetto buat kali ketujuh berturut-turut.