Neymar mengesahkan dia kini kembali 100 peratus cergas selepas ditimpa masalah kecederaan tahun ini dan bersedia untuk membantu Paris Saint-Germain (PSG) mengatasi Manchester United bagi saingan Liga Juara-Juara Eropah tahun depan.
Bintang Brazil itu mengalami retak tulang kaki ketika berdepan Marseille, Februari lalu, dan apabila kembali bagi aksi Piala Dunia, dia tidak mampu membantu pasukannya melepasi peringkat suku akhir.
Pemain termahal dunia itu turut mengalami kecederaan belakang serta masalah di bahagian paha ketika aksi antarabangsa.
Namun, selepas membantu PSG melepasi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara musim ini, dia percaya mampu mempamerkan aksi terbaik susulan permulaan sukar musim ini.
"Kembali dan mula beraksi bersama rakan sepasukan sentiasa bagus buat anda," kata Neymar.
"Ia satu situasi yang menyedihkan apabila melihat kecederaan saya serta kekalahan dalam Piala Dunia tetapi anda perlu mengambil inspirasi daripada setiap perkara dan kembali dengan objektif baru.
"Saya rasa ia permulaan sukar bagi musim ini tetapi ia sangat penting dan kami menjalankan tugas dengan baik. Kini saya rasa telah kembali 100 peratus.
"Sukar untuk membiasakan diri apabila kembali selepas melalui kecederaan dan pembedahan. Namun, kini saya rasa baik."
Hubungan Neymar dan Edinson Cavani sebelum ini tampak berdepan masalah tetapi bintang Brazil itu menegaskan gandingannya bersama penyerang Uruguay itu serta Kylian Mbappe kini berkembang dengan baik.
"Kami gembira dapat mencipta gandingan mantap tatkala semakin mengenali antara satu sama lain," tambah Neymar.
"Itu objektif saya, memastikan semua gembira dengan mencipta bantuan gol untuk pemain lain menghasilkan jaringan. Walaupun matlamat utama adalah kemenangan tetapi semua pemain perlu gembira."