Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Neymar bincang kontrak baru bersama PSG

neymar_2k320u4t53881cxz3x284czif.jpg
Neymar tidak akan meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG) hujung musim ini dan kini sedang berbincang mengenai kontrak baru bersama gergasi Ligue 1 berkenaan, kata bapa bintang Brazil itu, Neymar Sr.

Barcelona dikaitkan dengan kepulangan Neymar yang bergelar pemain termahal dunia pada 2017 selepas meninggalkan kelab LaLiga itu untuk berhijrah ke Paris.

Real Madrid juga dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmatnya memandangkan Los Blancos sedang dalam proses membina semula jentera serangan susulan kehilangan Cristiano Ronaldo yang ke Juventus awal musim ini.

Bagaimanapun, bapa kepada pemain berusia 27 tahun itu, yang sedang berehat akibat kecederaan metatarsal, berkata anaknya tidak akan meninggalkan Paris.

"Dia masih memiliki kontrak tiga tahun sebelum menamatkannya," kata Neymar Sr. "Dan kami sedang dalam perbincangan kontrak lanjutan.

"Kemungkinan untuk dia tidak berpindah sangat tinggi. Orang ramai bercakap mengenai spekulasi perpindahan Neymar setiap kali jendela perpindahan tiba.

"Ia bermaksud setiap kali wujud pengurusan dalam kariernya, dia sentiasa tersenarai. Namun, itu tidak bermaksud dia akan berhijrah dan menyertai kelab lain."

Advertisement

Must Watch Video