Neymar menerima sokongan daripada ketua jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Thomas Tuchel, apabila reaksinya selepas tamat final Piala Perancis terus membayangi persiapan aksi Ligue 1 berdepan Montpellier.
Bintang Brazil itu menyempurnakan aksi selama 120 minit sejak pulih daripada kecederaan patah kaki Januari lalu, melakukan bantuan jaringan untuk Dani Alves ketika berdepan Rennes, di samping menjaringkan gol kedua sebelum perlawanan diheret ke penentuan sepakan penalti selepas terikat 2-2.
Christopher Nkunku gagal menyempurnakan sepakan penalti yang membolehkan Rennes menjulang gelaran pertama sejak 1971 dan pertembungan di antara penyokong dan Neymar ketika menerima pingat naib juara menjadi perbualan utama.
Dia menghalang penyokong itu daripada merekodkan video menerusi telefon bimbit sebelum mereka bertukar kata-kata.
Neymar memohon maaf di atas keterlanjurannya menerusi laman Instagram dengan berkata, "Saya telah melakukan perkara yang salah? Ya, tetapi tiada siapa yang dapat membezakannya."
RMC melaporkan pemain termahal dunia itu bakal berdepan penggantungan lapan perlawanan daripada Persekutuan Bolasepak Perancis (FFF) tetapi Tuchel tetap memberikan sokongan di atas tindakan pemainnya itu.
"Saya faham apa yang dimaksudkan Neymar, ia bukan perkara yang dibincangkan di luar, hanya di dalam," kata Tuchel.
"Pemain-pemain ini hanya mahu menang dan mereka tidak gemar menerima kekalahan.
"Neymar beraksi selama 120 minit, saya agak terkejut dengan persembahannya. Dia menjaringkan gol, melakukan hantaran yang tepat dan menjaringkan penalti yang kelima. Hampir kesemua aksi perlawanan ini bermula daripada dia," katanya.
Musim berakhir dengan PSG muncul juara Ligue 1 tetapi terdapat laporan yang mencadangkan bahawa rasa tidak puas hati timbul dalam bilik persalinan sejurus mereka tersingkir daripada Liga Juara-Juara (UCL) kepada Manchester United.
Sementara itu, dominasi PSG dalam saingan domestik juga mula goyah dalam musim pertama Tuchel membimbing kelab itu.
"PSG memiliki sasaran untuk menjuarai setiap kejohanan, termasuk UCL.
"Tetapi anda perlu berhati-hati, pasukan seperti Juventus sudah tidak merasai kejayaan itu selama 23 tahun.
"Kami perlu berbincang dan mempertingkatkan lagi mutu permainan. Tetapi ia harus dilakukan dalam kalangan kami."