Legenda Brazil, Rivaldo, berkata Neymar mampu menyinar bersama Selecao dalam Piala Dunia di Russia.
Brazil meletakkan sasaran untuk menjuarai Piala Dunia buat kali pertama sejak 2002, ketika Rivaldo sebahagian daripada pasukan yang menewaskan Jerman 2-0 dalam final di Yokohama.
Misi membalas dendam turut menjadi sebahagian daripada agenda Brazil selepas empat tahun lalu mereka tewas 7-1 kepada Die Mannschaft dalam separuh akhir.
Bekas penyerang Barcelona dan AC Milan, Rivaldo, percaya Neymar mampu mengatasi setiap tekanan untuk berupaya menampilkan aksi cemerlang di Russia.
"Tekanan adalah perkara yang positif buat Neymar. Ia menunjukkan seluruh dunia menyaksikan anda. Tetapi semua pemain perlu memberikan yang terbaik," kata Rivaldo.
"Semua orang dalam skuad Brazil memiliki peranan yang penting dan mereka perlu menunjukkan bahawa mereka mampu melakukannya.
Neymar kembali beraksi sejak Februari lalu dan menjaringkan gol berdepan Croatia ketika melakar kemenangan 2-0 di Anfield, Ahad lalu.
Kembali beraksi selepas berehat panjang, Rivaldo optimis pemain bintang itu akan menyerlah.
"Saya berasakan Neymar berada di tahap terbaik dan mampu menghasilkan permainan terbaik dalam kariernya."
Brazil adalah salah satu pasukan pilihan di Russia dan mampu memberikan persaingan yang sengit.
"Brazil adalah pasukan pilihan. Saya percaya mereka mampu memenangi Piala Dunia kali ini," ujarnya lagi.