NEGERI SEMBILAN 3 PKNS FC 1
Negeri Sembilan meraih kemenangan kedua berturut-turut apabila memperagakan aksi meyakinkan dengan menewaskan PKNS FC 3-1 dalam perlawanan tunggal Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam ini.
Dua jaringan penalti yang diperoleh tuan rumah, masing-masing dalam separuh masa pertama dan kedua, nyata meranapkan peluang PKNS untuk memburu mata.
Kedua-dua sepakan penalti itu disempurnakan oleh pemain import kelahiran Brazil, Flavio Beck, pada minit ke-35 dan 61.
Belum pun sempat pelawat mengatur semula perancangan, mereka sekali lagi dihukum pada minit ke-69 menerusi pennyerang kelahiran Kelantan, Ferris Daniel Mat Nasir.
Dua minit kemudian, PKNS merapatkan kedudukan 3-1 selepas Romel Morales Ramirez menyudahkan peluang terhidang tetapi ia tidak dapat menghalang tuan rumah untuk mengutip tiga mata berharga.
Kemenangan itu, bagaimanapun, belum membawa Negeri Sembilan keluar daripada zon penyingkiran, dengan kini perbezaan tiga mata di belakang Melaka United yang berada di tempat ke-10.
Bagaimanapun, ia momentum yang baik ditunjukkan mereka selepas menewaskan Kelantan 2-0 di Kota Bharu, 26 Mei lalu.
Sementara itu, PKNS FC berada di tangga keenam dengan mengumpul 19 mata selepas 13 perlawanan.