Peluang Negeri Sembilan kekal berada dalam Liga Super musim depan terus rapuh apabila kekal mengisi di tangga kedua tercorot selepas tewas 1-3 kepada Pahang di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, semalam.
Tuan rumah terdesak mahu mendapatkan kemenangan bagi mengejar kedudukan pasukan lain di atas mereka seperti Melaka, Kuala Lumpur dan PKNP FC.
Segala-galanya seperti berjalan sempurna ketika mereka memberi amaran awal pada minit ketiga melalui peluang terbuka Angel Guirado yang akhirnya dinafikan Mohamad Helmi Eliza Elias.
Sebaliknya, Pahang mendahului pada minit ketujuh hasil rembatan menarik Issey Nakajima dari luar kotak penalti walaupun dicabar dua pertahanan lawan.
Sebelum babak pertama tamat, Pahang dianugerahkan sepakan penalti ekoran Nakajima dijatuhkan Mohd Nasriq Baharom tetapi dia terlepas peluang menggandakan pendahuluan selepas sepakannya melewati palang gol.
Bagaimanapun, Nakajima menebus kesilapannya pada minit ke-65 apabila licik melepasi perangkap ofsaid hasil lorongan bola Norshahrul Idlan Talaha untuk meletakkan kedudukan kepada 2-0.
Enam minit kemudian, giliran Norshahrul meledak gol ketiga Pahang sebaik mudah menolak masuk hantaran Muhammad Safuwan Baharudin yang melakukan hantaran dari jarak dekat.
Gol tunggal Negeri Sembilan hadir melalui pemain gantian, Mohd Fauzan Dzulkifli, pada minit ke-83 yang menanduk kemas umpanan Mohd Fakhrul Aiman Sidid tetapi sudah tidak mampu menhalang kemenangan Pahang.
"Menentang pasukan baik seperti itu, kamu akan dihukum. Saya rasa kami bermain baik dalam separuh masa pertama tetapi kami terlepas banyak peluang.
"Ia bukan mengenai bermain baik, secara jujurnya bermain baik adalah bonus. Kami mahukan mata," kata jurulatih Negeri Sembilan, Mario Lemos.
Sementara itu, jurulatih Pahang, Dollah Salleh, berkata: "Nakajima dan Norshahrul agak berbeza. Kedua-duanya seperti nadi kepada pasukan pada malam ini.
"Saya pun betul-betul berpuas hati dengan dua pemain itu."