Carlo Ancelotti mahu Napoli mempamerkan "keberanian, kebijaksanaan dan semangat" ketika berdepan Arsenal dalam aksi suku akhir kedua saingan Liga Europa (UEL), awal pagi esok.
Napoli tewas 2-0 dalam aksi pertama di Stadium Emirates, dengan Kalidou Koulibaly menjaringkan gol sendiri selepas Aaron Ramsey membuka jaringan pada minit ke-14.
Bagaimanapun, Ancelotti kekal yakin dengan kebolehan Partenopei untuk mengubah keputusan perlawanan itu di Stadio San Paolo.
Ditanya tiga perkara yang diperlukan untuk Napoli ke separuh akhir, Ancelotti berkata, "Dalam tiga kata? Keberanian, kebijaksanaan dan semangat."
"Kami perlu menggunakan ketiga-tiga perkara ini untuk mengatasi Arsenal. Saya pasti suasana di stadium akan membantu pasukan.
"Napoli mahu memenangi perlawanan ini dalam tempoh 90 minit. Kami akan berusaha untuk memastikan setiap peluang diambil dengan bijak dan penuh keyakinan.
"Kami adalah pasukan terakhir dari Itali yang masih bersaing di Eropah dan mahu meneruskan cabaran ini."
Ancelotti turut melihat kejayaan Ajax mengatasi gergasi Serie A, Juventus, dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) adalah contoh apa yang boleh berlaku dalam aksi di Eropah.
"Perlawanan tersebut mengajar kami aksi di Eropah adalah sesuatu yang di luar jangkaan.
"Pasukan pilihan boleh tersingkir walaupun bermain baik, hanya satu kesilapan akan menyaksikan anda tewas.
"Juventus gagal bermain baik dalam separuh masa kedua aksi timbal balik di Turin. Ia tidak mengejutkan kerana beraksi dalam perlawanan UCL."