Skip to main content

Bola Sepak

Napoli gagal ulangi kebangkitan

napoli.jpg
NAPOLI 0 FIORENTINA 3 

Maurizio Sarri enggan mengkritik pemain Napoli selepas peluang pemburuan gelaran Serie A semakin samar ekoran kekalahan 0-3 di Fiorentina, awal pagi tadi. 


Napoli, yang dipisahkan empat mata di belakang Juventus selepas Giovanni Simeone menjadi punca Kalidou Koulibaly dilayangkan kad merah pada awal perlawanan, kemudiannya menjaringkan hatrik.

Partenopei gagal bangkit meskipun pernah beberapa kali menghasilkan kebangkitan hebat musim ini, namun Sarri menegaskan usaha anak buahnya tidak boleh dipersoalkan.

"Ini merupakan prestasi buruk yang akan kami kaji dengan teliti dan cuba menebusnya dengan serta-merta," katanya. "Bagaimanapun, pemain-pemain ini telah memberikan segala-galanya, mereka harus diberi ucapan terima kasih. Hari ini tidak menjadi. 

"Usaha mereka tidak sedikit pun kendur. Kami tersesat selepas permulaan yang sukar, kami kehilangan pendekatan taktikal dan pada kedudukan 1-0, kami menjadi gugup.

"Kami cuba memberi reaksi tetapi kami gagal sebagai sebuah pasukan, kami sentiasa bagus dalam kebangkitan pada musim ini tetapi bukan hari ini, tetapi siapa yang tahu bagaimana kami akan melakukannya pada kedudukan 1-0 jika kami beraksi dengan 11 pemain," tambahnya.

Sementara itu, Simeone percaya dia akan membangggakan bapanya merangkap jurulatih Atletico Madrid, Diego, susulan hatrik pertama yang dirakamkannya, sekali gus meningkatkan sahamnya di Fiorentina.

"Kami percaya kami dapat mencapai saingan Eropah apabila kami menang enam perlawanan berturut-turut dan selepas kecundang dua perlawanan," katanya kepada Sky Sport Italia. 

"Pengakhiran yang hebat pada musim ini sedang menanti kami.

"Bukan mudah buat Napoli apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain kerana kami sentiasa menampilkan aksi menarik -- khususnya menentang 10 pemain. Ayah saya pasti sangat gembira dengan hatrik ini," katanya lagi.
 

Advertisement

Must Watch Video