BOLA SEPAK MSIA
Naim Garcia calon pemain warisan baru perkuat Harimau Malaya?
Pemain CD Leganes, Naim Garcia, dikhabarkan bakal menyarung jersi skuad kebangsaan susulan pemain berusia 22 tahun itu memiliki darah warisan Sepanyol-Malaysia.
Bekas pemain akademi Real Madrid itu mempunyai ketinggian 180cm turut pernah beraksi buat Barcelona B untuk musim lalu sebelum menjadi pemain CD Leganes -kini dipinjamkan ke Racing Ferrol- yang beraksi dalam saingan La Liga
🤝 Naim García will play on loan at @racingferrolsad for the rest of the season.💪 Best of luck, @naimgaarcia_ !➡️ https://t.co/t45ra7MpmD pic.twitter.com/YwLY5vNmKA— C.D. Leganés 🇬🇧🇺🇸 (@CDLeganes_en) January 21, 2025
Iklan
Terdahulu, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, mengumumkan sekurang-kurangnya tujuh pemain warisan dari Eropah Selatan dan bukan England bakal memperkuatkan skuad negara.
Kelincahan pemain sayap berusia 22 tahun itu semestinya bakal menjadi tonik tambahan sekiranya dia menyarung jersi Harimau Malaya yang bakal mengharungi kempen Kelayakan Piala Asia 2027 dengan Malaysia diundi dalam Kumpulan F bersama Nepal, Laos dan Vietnam bermula 25 Mac depan.
Must-Watch Video