Ringkasan AI
- Musim EPL 2026/2027 bermula 21 Ogos 2026 hingga 30 Mei 2027 dengan 20 pasukan bersaing dalam 380 perlawanan. Kesemua perlawanan secara langsung disiarkan diaplikasi sooka.
- Liga Super Malaysia 2026/2027 melibatkan 12 kelab dengan 132 perlawanan, manakala Piala FA kini di peringkat separuh akhir membabitkan Kuching City FC, Selangor FC, JDT dan DPMM FC.
- Piala Malaysia 2026/2027 dijadualkan bermula pada 22-24 Januari 2027 dengan perlawanan akhir pada 30 Mei 2027, dan semua aksi boleh ditonton secara langsung di Sooka.
Peminat bola sepak kini boleh menikmati aksi perlawanan tempatan dan antarabangsa menerusi platform penstriman Sooka. Saksikan perlawanan EPL dan Liga Malaysia secara langsung (LIVE) sama ada melalui kaca televisyen atau peranti mudah alih, mengikut keselesaan anda.
Jom ketahui lebih lanjut mengenai jumlah perlawanan dan saingan EPL serta Liga Malaysia musim 2026/2027!

Saingan EPL 2026/2027 Boleh Ditonton Secara Langsung di Sooka
Liga Perdana Inggeris atau lebih dikenali sebagai English Premier League (EPL) merupakan antara pertandingan bola sepak paling popular di dunia yang sentiasa dinantikan oleh peminat sukan.
Setiap musim, kelab-kelab terkemuka England akan bersaing untuk merebut gelaran juara liga, selain mendapatkan kedudukan terbaik bagi melayakkan diri ke kejohanan Eropah.
Musim EPL 2026/2027 telah bermula pada 21 Ogos 2026 dan dijadualkan berakhir pada 30 Mei 2027.
EPL Musim 2026/2027 Libatkan 20 Pasukan dan 380 Perlawanan
Sebanyak 20 pasukan akan bersaing dalam format liga dua pusingan, iaitu perlawanan di gelanggang sendiri (home) dan gelanggang lawan (away).
Setiap pasukan akan bertemu 19 kelab lain sebanyak dua kali, menjadikan setiap kelab perlu bermain sebanyak 38 perlawanan sepanjang musim.
Secara keseluruhan, terdapat 380 perlawanan yang bakal berlangsung bagi menentukan kedudukan akhir liga dan juara EPL musim 2026/2027.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan aksi kelab-kelab pilihan anda secara langsung menerusi platform penstriman Sooka!

Tonton Kesemua Perlawanan Liga Super Malaysia 2026/2027, Piala FA Malaysia, dan Piala Malaysia Secara Langsung (LIVE) di Aplikasi Sooka
Selain EPL, peminat juga boleh mengikuti saingan bola sepak tempatan menerusi Liga Malaysia yang merangkumi Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.
Jom lihat jumlah perlawanan serta perkembangan setiap kejohanan bagi musim 2026/2027!
Liga Super Malaysia 2026/2027 Menampilkan 12 Kelab dan 132 Perlawanan
Sebanyak 12 kelab bakal bersaing dalam Liga Super Malaysia musim 2026/2027 bagi merebut gelaran juara. Saingan kali ini menyaksikan sebanyak 132 perlawanan berlangsung sepanjang musim.
Setiap pasukan akan mengharungi 22 perlawanan, merangkumi 11 aksi di laman sendiri dan 11 lagi di gelanggang lawan.
Musim baharu ini bermula pada 21 Ogos 2026 dan dijadualkan berakhir pada 23 Mei 2027.
Piala FA Malaysia 2026/2027 Sudah Memasuki Peringkat Separuh Akhir
Piala FA Malaysia musim 2026/2027 menggunakan format pertandingan kalah mati, dengan perlawanan secara timbal balik bagi pusingan 16, suku akhir dan separuh akhir. Perlawanan akhir pula akan berlangsung menerusi satu aksi penentuan.
Secara keseluruhan, kejohanan ini melibatkan 29 perlawanan sepanjang musim.
Setakat November 2026, saingan Piala FA sudah memasuki peringkat separuh akhir. Aksi pertama telah berlangsung pada 23 Oktober, manakala perlawanan timbal balik dijadualkan pada 8 November 2026.
Dua pertembungan yang bakal menjadi tumpuan ialah Kuching City FC menentang Selangor FC serta Johor Darul Ta'zim (JDT) berdepan DPMM FC.
Piala Malaysia 2026/2027 Dijadual Bermula Pada Januari 2027
Edisi Piala Malaysia 2025/2026 telah berakhir pada 23 Mei 2026 dengan Johor Darul Ta'zim (JDT) dinobatkan sebagai juara selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Kuching City FC dalam perlawanan akhir.
Kejohanan tersebut menyaksikan sebanyak 29 perlawanan berlangsung, bermula dari pusingan 16 sehingga aksi final.
Bagi edisi seterusnya, Piala Malaysia musim 2026/2027 dijadualkan membuka tirai pada 22 hingga 24 Januari 2027. Perlawanan akhir pula dijangka berlangsung pada 30 Mei 2027.
Jangan terlepas setiap detik menarik sepanjang saingan bola sepak tempatan musim ini secara langsung hanya di Sooka.
Soalan lazim
Bilakah musim EPL 2026/2027 bermula dan berakhir?
Musim EPL 2026/2027 telah bermula pada 21 Ogos 2026 dan dijadualkan berakhir pada 30 Mei 2027.
Berapa jumlah keseluruhan perlawanan EPL musim 2026/2027?
Secara keseluruhan, terdapat 380 perlawanan yang bakal berlangsung bagi menentukan kedudukan akhir liga dan juara EPL musim 2026/2027. Tonton kesemua perlawanan secara langsung di aplikasi Sooka.
Berapa banyak perlawanan Liga Super Malaysia musim 2026/2027?
Sebanyak 12 kelab bakal bersaing dalam Liga Super Malaysia musim 2026/2027 bagi merebut gelaran juara. Saingan kali ini menyaksikan sebanyak 132 perlawanan berlangsung sepanjang musim.
Setakat November 2026, Piala FA Malaysia sudah sampai ke peringkat mana?
Setakat November 2026, saingan Piala FA sudah memasuki peringkat separuh akhir. Aksi pertama telah berlangsung pada 23 Oktober, manakala perlawanan timbal balik dijadualkan pada 8 November 2026.
Pasukan mana yang bertemu di separuh akhir Piala FA Malaysia 2026/2027?
Dua pertembungan yang bakal menjadi tumpuan ialah Kuching City FC menentang Selangor FC serta Johor Darul Ta'zim (JDT) berdepan DPMM FC. Saksikan perlawanan yang mendebarkan ini secara langsung (LIVE) di aplikasi Sooka.
Bilakah Piala Malaysia musim 2026/2027 dijadualkan bermula?
Bagi edisi seterusnya, Piala Malaysia musim 2026/2027 dijadualkan membuka tirai pada 22 hingga 24 Januari 2027. Perlawanan akhir pula dijangka berlangsung pada 30 Mei 2027.