Skip to main content

Bola Sepak

Nagelsmann tak gentar ubah pendekatan Jerman

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

wirtz.jpg
Ketua jurulatih Jerman, Julian Nagelsmann, yang mengidam trofi Piala Dunia 2026 sedang melakar rencana terbaik demi mencapai matlamat itu menerusi peringkat kelayakan menentang Slovakia dan Ireland Utara.

Berikutan kecederaan, perubahan kedudukan dan kemunculan pemain baharu, tonggal dalam kesebelasan kendalian Nagelsmann sering berubah-ubah.

Justeru, dia tidak akan mendedahkan sama ada dia merancang untuk menggunakan sistem tiga mahupun empat pertahanan ketika berhitung dengan Slovakia, awal pagi esok. 

"Kami sentiasa fleksibel, fasa semasa permainan memerlukan kami untuk menyesuaikan diri dengan keupayaan lawan, adakala dengan tiga pertahanan dan empat pertahanan. Setiap lawan dan setiap permainan memerlukan pendekatan yang berbeza," katanya.

Salah seorang tonggak yang bakal dipertaruhkan Nagelsmann ialah bintang baru Liverpool, Florian Wirtz.

"Flo adalah salah seorang pemain terpenting kami. Dia bukan pemain No. 10 klasik yang hanya mahu mengawal bola, malah dia banyak bergerak dan bekerja. 

"Fasa sebelum perpindahannya tidak mudah baginya kerana dia perlu banyak membuat pertimbangan. 

"Persembahannya di Liverpool setakat ini tidak begitu dominan tetapi tidak begitu teruk juga. 

"Dia adalah bintang utama di Leverkusen dengan segala tekanan difokuskan terhadapnya, begitu juga sekarang. 

"Bagi kebanyakan pemain, mereka memerlukan sedikit masa di kelab baru, liga baru, budaya baru, stadium baru. 

"Dia pastinya akan memperagakan prestasi yang hebat, menjaringkan gol dan mencipta gerakan," tambahnya. 
Shopee 9.9 Sale

Potongan RM900 Menanti! Rebut Cepat!

Deal paling padu minggu ini! Belanja RM1,800 dan nikmati RM900 potongan dengan ShopeePay. Sah hingga 8 Sept, stok baucar terhad. Klik untuk tuntut sekarang!

Advertisement

Must Watch Video