Skip to main content

Bola Sepak

Nagelsmann hairan Barcelona berbelanja sakan

nagelsmann.jpg
Julian Nagelsmann mempersoalkan urusan perpindahan Barcelona dalam jendela ini selepas kelab itu melengkapkan perpindahan Robert Lewandowski daripada Bayern Munich.

Pemain antarabangsa Poland itu berpindah ke Camp Nou dalam perjanjian bernilai €50 juta (RM226.6 j) termasuk bayaran tambahan dengan menandatangani kontrak empat tahun bersama Blaugrana.

Begitupun, ia tidak disenangi pengurus Bayern itu yang berasa bingung dengan aktiviti perpindahan kelab berkenaan berikutan pendedahan masalah kewangan mereka.

Barca juga menandatangani Raphinha daripada Leeds United dalam perjanjian yang dilaporkan mencecah €67j (RM303.6j) termasuk bonus biarpun menghadapi had kewangan yang ketat.

“Mereka mendapatkan ramai pemain baru, bukan sahaja Robert,” katanya.

"Saya tidak tahu bagaimana untuk berterus terang, mereka adalah satu-satunya kelab di dunia yang mampu membeli pemain tanpa wang. Ia agak pelik dan gila."

 
Barca turut menandatangani Franck Kessie dan Andreas Christensen secara percuma tetapi masih ada persoalan mengenai pendaftaran barisan muka baru mereka.

Blaugrana mungkin perlu melepaskan pemain, sejajar dengan peraturan kewangan La Liga tatkala Frenkie de Jong terus hangat dikaitkan ke Manchester United.

Sementara itu, Bayern, makin hampir merasmikan perpindahan Matthijs de Ligt daripada Juventus minggu ini selepas pembelian awal bekas tonggak Liverpool, Sadio Mane.

 

Advertisement

Must Watch Video