Jurulatih Terengganu, Nafuzi Zain, menuntut anak buahnya menjadikan pertemuan menentang Sri Pahang sebagai medan kebangkitan dalam usaha mereka melonjak ke kelompok atasan Liga Super.
Skuad Peteh kini di tangga ketujuh berikutan keciciran mata dalam dua perlawanan terakhir, maka tidak hairanlah pengendali itu menagih anak buahnya agar kembali ke landasan tepat dalam pertemuan di Kuala Terengganu, malam esok.
"Saya fokus kepada pasukan sendiri, tentang perancangan kami.
"Bukan sahaja Sri Pahang, mana-mana pasukan yang datang ke sini juga ingin menang. Lebih-lebih lagi kami.
"Kami perlu fokus, bersedia dan bermain seperti biasa tanpa tekanan.
"Setakat ini pemain berikan yang terbaik tetapi bola sepak macam-macam boleh terjadi.
"Itu bukan jaminan kami tidak akan kalah di sini.
"Apa pun usaha dan komitmen pemain yang paling penting," katanya dalam persiapan akhir pasukan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, petang tadi.