Kemenangan besar Johor Darul Ta’zim ke atas Kedah Darul Aman di laman mereka sendiri telah meletakkan juara sembilan kali berturut-turut itu terus kukuh menerajui Liga Super dengan begitu selesa sekali dan ini juga merupakan satu lagi lakaran sejarah sendiri yang di cipta Harimau Selatan itu apabila berjaya menundukan lawan mereka dengan jumlah jaringan yang besar selepas menundukkan Terengganu pada perlawanan pembukaan Liga Super musim ini.
Sudah tentu dengan prestasi yang luar biasa yang dijelmakan oleh anak didik Esteban Solari masa ini pasti mampu menggekalkan kejuaraan Liga Super berturut-turut untuk satu dekat.
Itu boleh dilihat dari segi katektor pemain-pemain Harimau Selatan itu sendiri yang inginkan kemenangan pada setiap perlawanan.
antuan daripada pasukan analisa perlawanan juga amat besar peranannya dalam membantu kejayaan pasukan dari selatan tanah air itu. Ia boleh dilihat pada pertemuan dengan Kedah terutamanya pada separuh masa kedua kerana dalam masa sepuluh minit sahaja selepas perlawanan di sambung anak didik Solari berjaya mendapatkan tiga gol berbanding pada separuh pertama JDT hanya perolehi satu gol sahaja.
Itu menunjukkan pasukan analisa JDT telah berjaya menghidu kelemahan pasukan lawan terutama di bahagian pertahanan kiri dan kanan Hijau Kuning. Ia boleh di lihat dari jaringan-jaringan yang dimiliki Harimau Selatan itu melalui Feroz Baharudin, Oscar Arribas,Bergson da Silva,Arif Aiman dan Leandro Velazquez.
Bukan itu sahaja dengan pertukaran-pertukaran pemain yang dilakukan Scolari pada separuh masa kedua juga banyak membantu merubah corak permainan JDT.
Dengan itulah membuatkan skuad kendalian Nafuzi Zain itu agak sukar untuk menyekat nafsu besar Harimau Selatan yang sentiasa dahagakan jaringan.
Sikap minda kemenangan tanpa belas ehsan oleh pemain-pemain Harimau Selatan itu memang sudah lama diterapkan oleh pengurusan kelab kerana itu salah satu falsafah yang ada dalam kelab JDT.
Tidak hairanlah jika setiap perlawanan pemain-pemain JDT mampu meledak jaringan yang banyak selain motivasi yang sentiasa diberikan pemilik kelab iaitu Tunku Ismail Sultan Ibrahim sendiri untuk memastikan Harimau Selatan terus garang membaham lawan.
Hasnizam Uzir
Mon Apr 10 2023