Bekas penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha, menggambarkan pertemuan pusingan 16 Piala FA membabitkan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Kelantan Darul Naim (KDN) di Stadium Sultan Ibrahim malam esok ibarat langit dan bumi.
Sehubungan itu, JDT dijangka merintis laluan ke suku akhir untuk bertemu Malaysian University yang mengejutkan PDRM, kelmarin.
Mat Yo melontarkan pandangan sedemikian kerana realitinya, skuad Harimau Selatan dilihat masih sukar digugat bagi mempertahankan kejuaraan edisi 2024/25.
"Bukan begitu untuk mengatakan apasukan JDT bagus sementara KDN lemah, tapi berdasarkan rekod tiga kekalahan perlawanan Liga Super musim ini dengan tujuh dibolosi dan hanya menjaringkan dua gol.
"Bagi JDT yang akan bermain di SSI berbekalkan rekod 11 jaringan.
"Mungkin barisan kejurulatihan perlu bekerja keras dan berhati-hati," katanya sebagai tetamu di Nadi Bola yang dihoskan Shahrazad Sani, sebentar tadi.
Pembantu jurulatih, Rezal Zambery Yahya, dalam persiapan terakhir hari ini pula berharap tempoh rehat Liga Malaysia (Liga-M) sepanjang tiga minggu lalu boleh menampakkan hasilnya.
Justeru, amanat yang diterapkan Park Jae-hong perlu diterjemahkan di atas padang bagi mengintai sebarang kejutan.
"Pemain semakin serasi memandangkan pasukan ini dibarisi 90 peratus pemain baru. Kami menggunakan tempoh jadual antarabangsa untuk memantapkan pasukan.
"Adakala kami kena bertahan dan menyerang. Dalam pusingan kalah mati sebegini, kami akan cuba juga menyerang dan tidak tertumpu bertahan sepenuhnya.
"Apa yang penting taktikal disiplin, patuh apa yang telah diterapkan ketua jurulatih," katanya.