Skip to main content

Bola Sepak

Musim Reid berakhir dengan kecederaan lutut

9318winstonreid.jpg
Pertahanan West Ham, Winston Reid, mengesahkan dia akan terlepas baki musim ini selepas mengalami kecederaan lutut.

Pemain kebangsaan New Zealand itu terpaksa diusung keluar ketika West Ham mencipta kemenangan 4-1 ke atas Swansea selepas mengalami kecederaan lutut dan tidak sedarkan diri.

Maklumat penuh mengenai kecederaan pemain berusia 29 tahun itu tidak didedahkan tetapi Reid meluahkan perasaannya kerana tidak dapat menghabiskan baki saingan musim ini.

"Kadang-kala dalam kehidupan, anda perlu menangani cabaran di dalam dan luar padang.

"Komitmen saya dan cinta kepada bola sepak tidak akan terhenti. Buat masa ini, saya perlu berehat, kemudian menjalani proses pemulihan untuk kembali beraksi.

"Terima kasih semua di atas sokongan! Jumpa lagi tahun depan."

Advertisement

Must Watch Video